Oceanic Blogger Template

Sponsored by

Thursday, 13 December 2007

Anak umi dah boleh diharap

Posted by Tg Suriyanor at 21:19
It was a very2 touching experience(at least for me). Semalam, saya seperti biasa menjalankan aktiviti menyidai pakaian yang baru dibasuh. Then Amnah pun seperti biasa akan keluar masuk dari bilik tidur kami ke bilik menyidai pakaian. Selalunya saya akan suruh dia masuk semula ke bilik tidur, biasanya dengan arahan "Amnah pergi tengok tv or main dgn Akhtar yek. Jap gi umi masuk bilik. Umi nak sidai baju kejap". Tapi semalam Amnah macam refused jek nak tengok tv or main dengan Akhtar. Rupa-rupanya dia nak tolong umi sidai pakaian.

Mula2 nampak macam makin membanyakkan kerja umi jek, sebab dia asyik jek keluarkan kain baju basah tuh dari bakul dan letak ke lantai. Then , letak balik dalam bakul sambil sebut2 nama tuan punya baju yang diambiknya tuh.

Then, dia start ambik satu demi satu baju basah, pass kat umi, untuk umi gantung kat hanger. Oh...baru la saya faham. Amnah nak jadi assistant umi. Memang la sebelum ni saya selalu bercakap2 dengan hubby, dan dengan Amnah, supaya Amnah nanti bila besar rajin2 tolong umi buat kerja. Jangan jadi anak yang malas..tapi, hmm..tak saya sangka secepat ini doa menjadi kenyataan. Memang nampak macam kecik and almost nothing, but for a mother with two babies, having somebody to help even the littlest task is really helpful and has made a difference. Memang kerja menyidai pakaian saya semalam cepat habis dan mudah daripada biasa. Even abah Amnah pun kagum tengok Amnah semalam.

Thank you a lot Amnah. Umi is so proud of you :)





0 comments:

Sponsors

Followers

 

Copyright © 2009 Life...as it is | Designed by Simrandeep Singh